Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
153,252
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 30

BEBERAPA hari berlalu selepas malam itu. Mimi mulanya marah kerana ditinggalkan di vila, tetapi bila Umar tidak melayan rajuknya, Mimi terpaksa memujuk diri sendiri. Yang penting, misi hidupnya ketika ini ialah mengikat Umar dengan bayi yang belum wujud dalam perutnya, jadi hubungan intim itulah senjatanya buat suami tercinta. Sekiranya boleh membuatkan Umar boleh melupakan Aqi, itu bonus!

Kerana layanan Mimi di rumah, Umar akhirnya boleh mengalihkan rasa sedih kerana membuang harapan hubungan bersama Aqi kepada tak sabar menunggu babynya lahir. Mood bertambah baik bertan-tan bila Mimi menghantar gambar photoshop mereka dengan bayi mereka. Dah berapa kali entah dia sujud syukur hari ini. Lalu dia mendermakan bubur lambuk kepada semua staf di syarikatnya.

Tetapi petang itu, semasa Umar berkemas nak balik, dia menerima panggilan telefon dari unknown number. Hanya seorang individu yang kerap menelefonnya dengan unknown number, dan dengan besar hati, Umar menyambut panggilan itu bersama senyum lebar di wajah macamlah episod psikotiknya kerana derita hati pada wanita itu tak pernah berlaku.

"Hello Aqi. Aku busy hari ni. Better make it quick."

"Aku bukan Aki."

Suara lelaki. Umar terkejut beruk, lalu memandang skrin. Masih unknown number. Kedengaran hello dari talian sebelah. Masih suara lelaki.

"Siapa ni?"

"Ni Umar Darius, kan?"

"Umar Darius yang mana satu?"

"Eh? Ada lebih dari satu? Erm... kalau ikut gambar ni, mata dia coklat-coklat sikit, ada hijau-hijau sikit, pakai cermin mata, suami Mimi Rainita..."

"Gambar apa tu?"

"Gambar Umar Darius."

"Mana kau dapat gambar aku?"

"Jadi betullah kau Umar Darius yang aku cari? Cekadak betul. Hospital Melaka baru je call aku. Ex wife kau dekat hospital sekarang."

"Ha?"

"I know, I know. Aku pun 'ha?' juga bila bila hospital call aku. Aku tak expect dia masih letak nombor aku sebagai emergency contact. Tapi aku takda kat Melaka sekarang ni. Aku call Emir, dia tak angkat. Aku dengar dia dah masuk sekolah, jadi aku sampaikan dekat kau sebab kau yang terdekat dengan dia di sana."

Emir pun dia kenal. "Asyikin Aqi ke?"

"Bukan Aki. Kenapa kau kerap sangat sebut nama Aki? Aku cakap pasal Asyikin Ramzi, bekas bini kau."

Siapa mamat ni? Umar meraup muka. "Kami di sini panggil dia dengan nama Aqi."

"Oooohh. Special nickname means special bond. That explained her devotion."

"Sorry, tapi kau siapa?"

"Dia kenal aku sebagai Kuro."

"Never heard of you," komen Umar pula.

"Aku ialah kawan dia... yang tolong dia lari dari Chan untuk balik ke pangkuan kau. So, tolong jagakan Ekin untuk kami. Make sure jangan buat dia menangis lagi. She's been through enough."

Sebuah permintaan yang tak perlu, malah mencalarkan ego Umar sekaligus. Talian dah putus. Mood Umar juga bertukar 180 darjah ke selatan.

Bila Umar ke hospital, dia dimaklumkan pula yang Aqi dah discaj. Aqi dimasukkan ke dalam hospital kerana 999 menerima panggilan yang wanita itu ditemui pengsan berseorangan di dalam rumahnya. Mujur jiran datang menjenguk.

Balik dari pejabat, Umar terus ke rumah Aqi. Namun rumah wanita itu pula berkunci dan tiada orang. Aikk?? Dahlah lelaki bernama Kuro itu mencalarkan egonya, lepas tu anak-anaknya pula tidak memaklumkan apa-apa kepadanya. Mereka tak perlukan dia ke sampai perlu bersusah menghubungi orang lain yang tak dikenali.

Kecil hati dibuatnya.

Lalu Umar memutuskan untuk balik ke rumahnya dan berehat sebelum berbuka dengan isteri tersayang. Tetapi bila dia sampai, Mimi tengah bertekak dengan kembarnya di dalam rumahnya.

Apa benda lagi ni la haiii....

"Ayah!!" Ami berlari ke arah Umar bila melihat ayahnya di muka pintu. Emir turut beralih walaupun langkahnya lebih berhati-hati malah langsung tidak mematahkan renungan tajam dari Mimi.

"Ada apa ni?"

"Ayah kena tolong ma!!"

"Ha? Kenapa dengan ma kau?" soalnya. Ami lekas memegang tangannya sebelum menariknya ke bilik tidur. Di atas katil, sleeping beauty yang dicari sepanjang hari sedang terlena di situ.

Ini, dia pernah angan-angankan. Tetapi disebabkan kejadian hari ini, subjek angan-angannya itu lebih seronok diikat berbanding terbaring selesa begitu.

"Kenapa sleeping beauty ada atas katil ayah?"

Mimi turut menapak masuk. "Anak-anak abang angkut dia ke sini masa sayang takda kat rumah. Sayang pun terkejut bila tengok. Mereka pula tak peduli bila sayang halau mereka keluar..."

Rungutan si isteri sekadar dilayan macam angin lalu. Hairan semakin kuat bertamu. Umar merapati kepala katil. Pernafasan Aqi diperiksa. Masih bernafas. Perasan juga kepala wanita itu berbalut. "Apa sebenarnya yang dah jadi ni?" soalnya lagi, kali ini pada kembar yang juga dan menonjolkan diri di pintu.

"Jiran bagitau ma jatuh tandas. Kepala dia terhentak apa entah, lepas tu terluka."

"Lepas hantar hospital, dia balik sendiri."

"Taknak duduk hospital katanya."

"Tapi dia masih sakit. Tak boleh berjalan. Ada benda yang trigger sakit dia."

Umar merenung kecacatan di kaki Aqi. "Luka psychometric dia triggered lagi??" Berpunca dari apa pula?

"Psychosomatic la ayah..." celah Emir, membuat Ami menoleh. 

"Apa tu?"

"Macam sakit halimunan. Bila dia ingat kenangan lama yang pedih, kecederaan kat badan dia ikut pedih walaupun luka sepatutnya dah pulih."

"Oohh... kau tau je ayat-ayat pelik yang aku tak tahu..."

Si abang menoleh. "Sebab kau malas belajar."

Ke situ pulak dia! "Tapi ma elok je semalam?"

"Entah...." Si ayah yang tengah merenung mereka tanpa bunyi, lalu dipandang. "Emir dah bagi dia ubat tidur supaya dia boleh berehat."

"Ubat tidur?"

"Dua pil je. Emir beli kat Watson," jelas budak itu selamba. "Emir cakap tu ubat tahan sakit. Emir tak tipu sebab dia memang dah tak sakit."

"Emir! Benda yang kau buat ni bahaya! Kau bukan doktor nak bagi pil dekat orang lain, lagi-lagi ma kau sendiri sesuka hati!"

"Emir dah pernah buat. Okay je..." keluhnya.

"Kenapa baru sekarang kau nak bagitau ayah? Kenapa tak call sepanjang siang?? Kalau benda lain yang jadi, macammana?"

"Kami tak dapat call ayah. WhatsApp pun tak masuk." Serentak menjawab.

Umar terkaku lagi. Muka anak-anaknya jujur sekali, lalu iPhone dikeluarkan dari poket jeans. Itu dia, nombor anak-anaknya di-block lagi. Kali ini api benar-benar merecik dalam hatinya. Asapnya menghangit sampai ke kepala, pertama kali semenjak mereka menikah, khusus buat isterinya itu disana. Bila Umar merenung Mimi tajam, wanita itu buat-buat rabun tak nampak.

"Ami nak hantar ma ke vila, tapi aba—Emir cakap tak payah kacau uncle Farid sebab ayah masih ada."

Mimi mendesis. "Kalau malas sangat nak call ambulans, kau bawak naik GRAB hantar ke hospital, tak boleh ke? Kenapa nak kena kacau laki aku!"

"Ayah kena jaga ma la bodoh!" marah Ami.

Berdesing telinga dibuatnya. Lengan Emir ditarik bagi menarik perhatiannya pula. "Boleh tak kau nasihat adik kau—" Terhenti kata bila Emir menepis pegangannya lagi. Malah pemuda itu terus menjauhkan diri beberapa tapak. Air mukanya nampak tegang dan merah.

Ami lekas mendekati abangnya, atau lebih tepat lagi, menjadikan dirinya benteng antara Emir dan Mimi. Dua pasang mata hazel itu juga membara garang.

Dan perhatian Umar tercuit. Ini kali kedua dia melihat anak-anaknya menentang isterinya seperti haiwan karnivor. Muka Emir terlalu merah untuk diendahkan. Kerut benci di mata Ami lebih banyak lapisnya dari biasa. Malah tangan dibentang di hadapan Emir seperti melindungi si abang dari isterinya. Konsistensi ini menjeritkan sesuatu sedang disembunyikan dari pengetahuannya. Terus Umar menoleh pada punca masalah.

"Sayang, awak tampar anak-anak abang lagi ke?"

"Mana ada!"

"Habis tu apa lagi yang awak dah buat?"

"Dia tak buat apa-apa," sampuk si anak lelaki pada lantai. Dia sendiri terlalu malu nak membuka cerita.

"Betul?"

Angguk. Masih pada lantai.

Terlalu mencurigakan. Umar memandang isterinya yang tengah mencemik, kemudian pada Ami yang menjuihkan bibir sambil mengangkat kening setinggi-tingginya. Itu benar-benar muka yang memberi makna tersirat. Kembarnya terlalu muda untuk membuat reaksi muka setulen itu, malah terlalu beremosi untuk menipu riak wajah.

Lalu Mimi ditoleh. "Seriously, what did you do?" soalnya, kini bernada keras.

Wanita itu terperanjat, termasuklah kembar tersebut.

"Mimi takda buat apa-apa! Anak-anak abang yang bencikan sayang!"

"Awak sedar mereka masih terlalu budak untuk bencikan orang tak tentu pasal melainkan sesuatu dah berlaku yang ganggu perasaan mereka..." ujarnya, masih trauma dengan luka di lengan kembarnya kerana dia dan Aqi. Umar menelan liur. "Whatever it is, abang nak awak minta maaf dekat anak-anak abang."

"Jangan mengarut!!"

"Mimi Rainita!" Umar bertegas kembali. "Kalau taknak jadi emak mereka, jadi orang dewasa berakal at least! Mereka anak anak abang! Belajar untuk hormat hubungan kami is a bare minimum!" Tegas.

Wanita itu terkedu. Dengan muka buat-buat menangis, dia berlari keluar dari bilik tidur itu, meninggalkan suaminya dengan keluh berat. Kemudian lelaki itu menoleh pada anak kembarnya, hanya untuk menerima pelukan dari mereka.

"Sayang ayah..." luah Ami sepenuh jiwa. Malah hampir menangis. Emir tidak berkata apa-apa melainkan menumpahkan rasa kasih melalui pelukannya.

Lelaki berkaca mata itu tersenyum halus. Kepala keduanya digosok bersama soalan, "So, apa mak tiri kau dah buat?"

Ami menoleh pada abangnya, manakala Emir masih enggan bercerita, malah digelengkan kepalanya. Umar menghormati keputusan itu.

"Okay... apa-apapun, ayah minta maaf untuk isteri ayah. Bangunkan ma kau pula," arahnya.

Kembar itu mengangguk bersama senyum lebar, lalu berlari keluar dari bilik. Umar mengambil peluang menukar kemeja kerja kepada baju pagoda putih. Kemudian kembar itu masuk semula ke dalam bilik tidur dengan kain dan botol cecair di tangan.

"Apa benda tu?"

"Ammonia," jawab si abang.

"Ami curi dari makmal kimia sekolah." Penjelasan diberi tanpa disoal.

Umar malas nak bertanya lebih tentang kenakalan anak-anaknya. Setting pada iPhone dibetulkan lagi. Sementara kembarnya membangunkan Aqi, Umar bersuara.

"Maybe korang boleh call ayah pakai nombor emergency in case mak tiri kau tu block nombor korang dalam phone ayah lagi..."

"Mulanya kami nak minta Junior call, tapi Emir dapat tahu kawan ma dah call ayah dulu. Sebab tu kami tunggu je kat sini. Tau-tau aunty yang balik dulu..."

Mata Umar mencerlang spontan, lalu dia menoleh pada Emir. Anaknya kenal? "Kawan ma kau..."

"Ya. Namanya Kuro." Hidung terjungkit. "Well, bukan Kuro. Kami yang panggil dia Kuro. Nama dia Raja Aizu--"

"Ma dah bangun!" jerit Ami sambil melompat.

Automatik Emir berpusing dan mengekori adiknya memecut keluar dari bilik macam melihat harimau bangun tidur. Si ayah memandang pintu bilik dengan riak datar sebelum berpaling pada sleeping beauty yang tengah cuba bangun dengan susah payah. Wanita itu menolak dirinya supaya duduk dengan kedua belah tangan. Rambut ikal mayangnya langsung tidak kemas dan serabai juga, tetapi comel. Wanita ini boleh melaksanakan gaya messy cute dengan mudah sekali.

"Good morning, Aqi," ujar Umar.

Aqi merenung Umar. Kemudian pada bilik tidur itu. Rambut ditolak ke belakang sambil memandang katil yang didiami pula. Blur.

"Aku kat mana...." Mata dipejam. Mengharap dia tengah bermimpi kerana bangun di rumah orang.

"Kau sepatutnya kat hospital berbanding baring atas katil aku," desis Umar, berpeluk tubuh.

"Kalau macam tu... kenapa aku kat sini?"

Umar merapati katil. "Your kids drugged you," jawabnya, lalu duduk di sebelah Aqi. "Kenapa kau keluar dari hospital lepas kena admit?"

"Sebab aku okay..." keluhnya pula.

Umar merenung datar, lalu dengan selamba mencengkam buku lali yang masih bengkak itu. Aqi memekik nyaring.

"Kau okay, ke Aqi?" soal lelaki itu pula, sengaja. Si mangsa hanya membalas dengan mata berair dan kerut pedih. "Kita pergi hospital sekarang. Anak-anak kau bagi pil tidur dekat kau supaya kau berehat. Kau ingat dorang boleh jaga kau sedangkan mereka pergi sekolah? Aku kena kerja. Lainlah kau nakkan Mimi tu bagi kau bubur McD setiap hari. Itu pun kalau dia nak walaupun aku berani kerat jari yang dia tinggalkan kau kat tong sampah depan rumah aku tu je."

"Membebel..."

"Sebab aku sayang!" Kepala itu ditunjal geram.

Aqi mengeluh lagi. "Hospital lonely... kau hantar aku ke vila je la?"

Barulah muka Umar melembut. Takut lonely rupanya minah ni. Ingatkan hati tu YOLO sangat. "Kau bukan sekadar perlukan bantuan orang, tapi medical care. Pasal bayaran jangan risau. I'll support you."

"Tak payah."

Aik?

"Aku boleh bayar sendiri..." Tubuh yang lemah dipaksa turun dari katil. "Aku baru teringat, maaf..." Tangan menekup muka. "Kau pun tak perlu hantar aku ke vila..."

"Aqi... apa benda kau ni?" Kenapa dia ditolak macam ni sekali?

Wanita itu masih dengan muka berkerut pada lantai. Berfikir sedalamnya. "Kuro... Kuro dekat KL.... Aki sepatutnya kat sini tapi dia ada job... Farha... tak boleh harap. Allah, aku kena start cari kawan baru..." keluhnya dalam monolog. "Bang Farid?"

"Kau nak minta tolong Bang Farid berbanding aku?"

Masih tak peduli. "GRAB is easier..." Dia terhinjut-hinjut ke pintu.

Hati yang membara sepanjang siang kini meruap hingga membakar seluruh tubuh macam orang minyak terkena api. "Aqi, aku kat sini je! Kenapa taknak minta tolong kat aku!"

"Aku tak perlukan pertolongan kau..." ujar wanita itu tanpa berpaling. Malah tangannya menolak angin macam menolak Umar.

Berangnya rasa di hati meruap-ruap membakar akal. Umar berjalan laju ke arah Aqi, lalu kaki wanita itu disauk hingga si kurus terjatuh ke lantai. Aqi mengerang kesakitan. Bila menelentang nak melihat pesalahnya, Umar dilihatnya tengah berdiri tegak memandangnya dengan muka marah. Aqi keliru seketika.

"Macammana? Sakit? Kau nak minta tolong siapa sekarang?" deram si lelaki.

Aqi terkaku, lalu ketawa terlepas nipis, sekaligus mengelirukan Umar dan tiga orang penonton yang melihat dari ruang tamu. "Allahu..." Muka lalu diraup dengan kedua belah tangan. "For god sake, aku stuck dengan pesen lelaki yang sama ke selama ni..."

Umar mengerutkan dahi, manakala Aqi membentangkan tangannya. Santai merenung Umar dari perbaringan. "Kau macam Chan sekarang," luahnya datar, membuat air muka Umar berubah. "Kalau aku tetap taknak ikut cakap kau, apa lagi yang kau nak buat? Kurung aku? Ikat aku dan potong kaki aku supaya aku tak boleh pergi ke mana-mana?"

Perit rasa hati mendengar kata-kata si wanita. "No..." Bibir dikemam, menerima komen keras itu. Tetapi dia juga menghadam satu maklumat baru. "Chan cintakan kau ke Aqi?"

Jujurnya soalan itu membuat Aqi terasa terputus lidah.

"Kau sakiti hati dia macam kau sakiti aku, ke?" lanjut si lelaki.

Lalu sama-sama terdiam, menyedari mereka sama-sama salah.

Dengan susah payah, Aqi memaksa diri untuk bangun duduk. "Kau cakap kau cintakan aku... jadi kenapa kau sengaja lukakan aku?" soalnya perlahan. Melihat Umar menghulur tangan, dia menyambut.

Sekali tarik, Aqi dilambung terus ke pelukan. Air muka Mimi berubah tegang, spontan nak menerpa tetapi dihalang Ami dan Emir. Lalu mereka bergaduh di situ, manakala Umar terus menahan pinggang Aqi bagi memastikan si wanita boleh berdiri stabil dengan keadaan kaki yang tidak pasti tahap kukuhnya.

"Aku kecil hati... aku minta maaf..."

"Sebab aku tolak pertolongan kau?"

Diam seketika. "Ignored by you... is not the best feeling in the world..."

Dan Aqi tersenyum halus. Muka rajuk itu mencuit hati wanitanya. "Mar... kau yang minta aku jaga jarak. Aku betul-betul serius nak jaga anak kita dengan kau... kalau kita tambah Mimi dan pasangan aku di dalamnya, jurang antara kita perlu dikekalkan.... No more wife by proxy, I beg you. No more this..." Tangan yang memaut pinggangnya, ditarik melepaskan. "Kau kena belajar yang aku bukan milik kau untuk kau buat macam ni sesuka hati..."

Kata-kata itu didengari Mimi di ruang tamu. Benar-benar terkedu mendengar permintaan Aqi. Kemudian suaminya pula dipandang, menunggu jawapan dari si muka kusut. Mengharap suaminya menunaikan kehendak Aqi itu.

Namun lumrah ciptaan Tuhan, minda lelaki 180 berbeza dari perempuan. Kata-kata Aqi tidak dilayan, malah dia membuka isu baru yang mengganggu benaknya.

"Hence, Kuro?"

"Mana kau tahu pasal Kuro?" Pelik.

"Dia call aku. Dia cakap dia emergency contact kau." Lidah dicucuk ke dinding pipi sambil merenung si perempuan. "Kau letakkan orang lain sebagai emergency contact... tapi bukan aku?"

Aqi terkaku. Terjawab sangat kenapa Umar meroyan dan berkecil hati. Kerana egonya terluka. Lalu belakang kepala digaru. "I feel like I have to honour your request... don't I?" Senyum pahit diukir.

Dan pahit juga hati Umar menerimanya. Hanya kerana dia meminta Aqi cari lelaki lain, dia kena lalui hal-hal yang menyakitkan ini lagi dan lagi selepas ini? Lalu muka diraup dengan sebelah tangan, bencikan dirinya sendiri ketika ini. "This is so frustrating..."

"Suffer in silence," luahnya selamba sambil memandang kembarnya yang membatu sedari tadi, "Emir, tolong hantar ma ke vila..."

Bengang, lalu lengan Aqi dicapai. Hampir sahaja Aqi jatuh semula, namun tubuhnya sempat disambut Umar. "Aku takkan benarkan kau pergi dekat orang lain sedangkan aku masih ada untuk kau!" tegasnya.

"Kau masih lagi...?"

"Abang...?" Mimi turut keliru.

"Aku akan bawa kau ke hospital, kau akan tukar emergency contact kau kepada nama aku, kau akan benarkan aku untuk terus jaga kau sampai kita-kita-kita jumpa the guy yang aku boleh terima! Dan aku akan berkawan sungguh-sungguh dengan dia sampai dia nak berjiran dengan aku sampai bila-bila!" Bersungguh!

Terlongo. "At this point, aku tak rasa kau akan jumpa that guy yang kau boleh terima!"

"Then so be it." Mata dicerlangkan.

Makin luas mulut Aqi ternganga. Mamat ni langsung tak tahu macammana nak move on! "Turunkan aku, you big baby!"

"I'm not a baby! Selagi kau masih dalam jagaan aku, I'm your big man, making the decision for us!" Terus dicempung tubuh Aqi ke pintu.

"Abang nak bawa dia ke mana?!" jerit Mimi.

"Hospital! Emir, kau... err..." Nak tinggalkan Ami dengan Mimi berdua? Memang tak kena. "Korang semua ikut sekali, jom."

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena